1. Penjagaan rambut & kulit kepala
- Rambut kita perlu dicuci setiap hari dengan shampu yang lembut untuk membersihkan kulit kepala dari segala minyak dan kekotoran. (Shampu dolphin aloe vera atau Lavitene Green tea)
- Sapukan perapi (conditioner) rata-rata terutamanya ke hujung rambut
- Lap rambut dengan tuala & keringkan dengan pengering rambut (jangan biar lembap terutamanya kalau nak pakai tudung)
- Sapukan rata-rata tonik rambut ke kulit kepala
2. Urutan kepala untuk melancarkan aliran darah di kulit kepala
- Sikat rambut sebanyak mungkin setiap hari, menggunakan berus rambut yang ada 'beads'lembut di hujungnya.
- Dapatkan khidmat cucian rambut & rawatan rambut subur di Enrich Life Center, sebaik-baiknya 2- 4 minggu sekali untuk mendapat urutan kepala yang merehatkan.
- Pengaliran darah yang baik ke kulit kepala boleh meningkatkan bekalan nutrien dan oksigen untuk pertumbuhan rambut
3. Pemakanan yang optimum
- kita perlu makan cukup protein, kolagen, buah-buahan & sayuran terutamanya yang kaya vitamin A & C untuk mendapat kulit kepala yang sihat dan pertumbuhan anak rambut yang lebat bagi setiap liang rambut
- antara produk yang sesuai & terdapat di Enrich Life Center, ialah ISO 3, ISO7, BYoung dan SSSolution
Cuba amalkan...kerana saya memang amalkannya & ianya telah terbukti berkesan!
Selamat mencuba...
Dr. Lily Fariza Karim
4 Mei 2010
No comments:
Post a Comment