Enrich Life Center

BUTIK KECANTIKAN & KESIHATAN
ENRICH LIFE CENTER

Tuesday, May 11, 2010

'Feel good hormone' untuk wanita

Dari buku 'Why Mars and Venus Collide' oleh Dr. John Gray...
Lelaki dan wanita berbeza persepsi dan cara mengendalikan isu kehidupan kerana masing-masing mempunyai hormon yang berbeza yang memberikan kesan emosi yang berbeza. Bila kita memahami perbezaan ini, kita dapat mengendalikan diri & pasangan kita dengan lebih baik untuk memantapkan keharmonian rumahtangga...

Hormon 'oxytocin' dikenali sebagai 'cuddle hormone' bagi wanita. Bila hormon 'oxytocin' meningkat, seorang wanita akan rasa lebih bertenaga, bahagia, fleksibel & tertarik kepada pasangannya.

Oxytocin secara semulajadi dihasilkan dengan banyak sewaktu melahirkan & menyusukan bayi dan juga ketika 'orgasma' dalam hubungan seks. Ia boleh meningkat semasa urutan relaksasi & menurun bila wanita tersisih atau tidak dipedulikan. Ia membantu merendahkan tekanan darah, tahap hormon 'cortisol' dan ketakutan. Kajian menunjukkan mereka yang punya tahap oxytocin yang tinggi adalah lebih tenang, kurang resah and lebih sosial...

Bagaimana merangsang 'oxytocin'? Dengan membuat aktiviti yang memberi kepuasan dan pulangan serta aktiviti berhubung dengan rakan-rakan...

1. Rawatan urutan
2. Gunting atau rawatan rambut
3. Berbual dengan kawan di telefon
4. Dapatkan mandian beraroma
5. Mendengar muzik
6. Membaca buku yang bagus
7. Rawatan 'facial'
8. Berbual sambil berjalan2 dgn kawan
9. Berkelah dengan keluarga atau kawan
10.Ikuti kelas aerobik atau yoga

Kebanyakan aktiviti tersebut boleh didapati di Enrich Life Center untuk membantu meningkatkan 'oxytocin' anda... (Tel 09-7640139)

No comments:

Post a Comment