Enrich Life Center

BUTIK KECANTIKAN & KESIHATAN
ENRICH LIFE CENTER

Wednesday, May 19, 2010

PENTINGNYA TIDUR BERKUALITI...UNTUK CERIA & AWET MUDA

Hari ini, dengan perubahan zaman yang semakin canggih & bergerak pantas, hidup kita semakin stres dan tertekan. Kita perlu menangani urusan keluarga, rumah dan multi-kerjaya pada masa yang sama, menyebabkan kita banyak berfikir & mudah risau. Kadang-kadang kerisauan itu terbawa-bawa ke dalam tidur. Kita tidur-tidur ayam dan rasa gelisah, dan tidak berehat dengan ertikata yang sebenarnya.

Tanpa tidur yang nyenyak dan berkualiti (deep sleep), tubuh badan tidak dapat memulihkan sel & tisu untuk bekerja seterusnya menyebabkan fungsi tubuh tidak efisyen. Akhirnya, tubuh kita cepat tua dan lesu, serta tidak mampu membentengi serangan2 penyakit. Contohnya ialah dalam masalah sakit-sakit kronik seperti fibromyalgia, berlaku kesakitan pada otot-otot, ligamen dan tendon tubuh serta keletihan, dikaitkan juga dengan masalah tidur. Otot-otot kita mudah kejang (spasm) yang menimbulkan pelbagai sakit kronik, walaupun kita masih muda. Masalah sakit kronik ini boleh dirujuk kepada pakar sakit kronik, Dr. Nizar Abd. Jalil di 'drnizarabduljalil.blogspot.com'.

Cuba analisa semula, adakah tidur kita berkualiti? Bagaimana perasaan kita bila bangun pagi? Adakah kita rasa segar dan ceria? Atau pun kita bangun dengan rasa berat, malas dan sakit-sakit badan? Atau kita rasa tak puas tidur, walaupun kita tidur lama?

Dapatkan produk-produk kesihatan yang membantu anda tidur dengan berkualiti di Enrich Life Center... (tel 09-7640139 or email 'enrichlifecenter@yahoo.com) untuk tempahan dan proses penghantaran)

1. Tilam terapeutik Bio-ion Contiago & bantal
Ianya ialah lapik tilam yang diletakkan atas tilam kita yang sedia ada & memberi keselesaan & sokongan kepada tulang belakang kita. Ia mempunyai 6 modaliti terapeutik yang membantu memberi tidur yang berkualiti (deep sleep)...
  • Rawatan terma (haba) boleh bertindak menghilangkan kesakitan otot, sendi, abdomen serta seluruh tubuh.
  • Batu-batu magnet bila dipanaskan membantu proses pengaliran darah, ion-ion dan pengaliran impuls untuk fungsi saraf.
  • Rawatan infra-red menggalakkan pengaliran darah, membantu regenerasi sel & tisu, menguatkan sistem imun dan membantu penyembuhan sel. Ianya membantu menghasilkan tekstur kulit yang halus.
  • Batu jed yang disusun dalam tilam membantu proses pemulihan sel & tisu serta menghasilkan ion negatif.
  • Ion negatif dihasilkan dengan pemanasan batu jed dan komponen tilam, memberi rasa segar dan anti-stres

2. Byoung (sachet malam)
Ianya adalah minuman berfungsi yang terdiri daripada 60 buah-buahan & sayur-sayuran yang diformulasikan oleh pakar pemakanan Malaysia di USM Pulau Pinang, Prof. Dr. Azhar Mat Esa, PHD in Food Science. 3 sachet sehari, iaitu pagi, tengahari & malam, telah diformulasikan mengikut aktiviti seharian kita. Sachet malam memang amemberi tidur yang betul-betul nyenyak menyebabkan kita akan terjaga awal pagi kerana rasa dah puas tidur. Kita akan rasa segar dan ringan bersemangat untuk mulakan hari yang baru.

Testimoni saya sendiri...

Saya telah menggunakan tilam terapeutik Contiago ini selama 5 tahun, dan setiap malam saya akan 'on thermostat button' walaupun suhu rendah sekali, kerana saya rasa ringan dan segar bila bangun pagi. Saya memang akan berpeluh, tetapi ini menyegarkan dan saya rasa sihat. Terutamanya, dengan kerjaya saya sebagai pakar sakit puan di hospital swasta, yang menyambut kelahiran bayi sepanjang hari, kadang-kadang kerja semalaman, menyebabkan keletihan dan kesakitan badan. Dengan penggunaan tilam terapeutik ini, saya dapat pulihkan sakit dan letih dengan lebih cepat. Tidur yang singkat tetapi berkualiti, membolehkan saya meneruskan komitmen saya yang banyak dengan lebih efisyen. Saya juga boleh kelihatan awet muda (seperti komen pesakit dan kawan-kawan), walaupun tidur tidak cukup.

Begitu juga dengan Byoung Gold, yang telah saya ambil selama 5 tahun sehingga ke hari ini. Kadang-kadang saya tertidur sebelum sempat ambil sachet malam. Saya cuba baiki habit dengan memastikan saya ambil juga sachet malam. Pengalaman ini, membolehkan saya bezakan kualiti tidur saya jika saya tertinggal Byoung...bila bangun pagi, rasa tidak sesegar makan Byoung.

Nantikan lagi...pengalaman saya!

Dr Lily Fariza

No comments:

Post a Comment